Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Lelaki ? part 2

Assalamualaikum ...

ok , ini sambungan dari entry 'Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Lelaki ?'...
kalau korang tak baca lagi yg part 1 punye ... Klik Sini  :)

11.Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap kaum yang bertentangan. Oleh sebab itu , mereka suka melihat perempuan dan kemudiannya mula menjeling <3

12.Ramai lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak  perempuan keluar buat kali pertama <3

13.Betapa hebatnya orang lelaki itu bersikap seperti playboy dan keluar dengan ramai perempuan namun dia tetap akan mempunyai seorang teman wanita yang istimewa. Manakala selebihnya hanyalah kawan biasa sahaja <3

14.Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa , mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai <3

15.Apabila seseorang perempuan meminati seorang lelaki , perempuan itu sepatutnya memberi sesuatu petunjuk kerana lelaki biasanya tidak dapat membaca isi hati seorang perempuan seandainya ia tidak diluahkan <3

16.Apabila lelaki bercakap "Ermm....tengoklah dulu" itu bermakna dia berkata kurang bersetuju ataupun meman bermaksud "tidak" <3

17.Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin <3

18.Adalah memalukan bagi sang arjuna jika mereka tidak berupaya menolong kaum hawa <3

19.Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku. Oleh sebab itu , mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini <3

20.Lelaki cukup pantang jika ditegur tentang cara penampilan dirinya mahupun mengkritik minat serta kegemaranya <3


so setakat sini jer yg DC dapat memberi infomasi-2 terkini ... mybe kalau ada lebih banyak info tentang topik ini ... insyaallah akan diupdatekan :)

oke ... sekian :)
     

Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Lelaki ?

T.O.P :)

LELAKI SEMEMANGNYA CUKUP SINONIM DENGAN PENDIRIAN RINGKAS , MUDAH DAN TIDAK BEGITU KOMPLEKS. BAK DARI SEGI PENAMPILAN , TATACARA SERTA CITA RASA.SENANG CERITA , TIDAK SUSAHLAH MAHU 'MEMBACA' SESEORANG LELAKI ITU. HARI INI DC AKAN MENGHURAIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA IDEOLOGI SANG PRIA YANG PERLU SI GADIS TAHU =)

1.Tidak ramai lelaki sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak. Amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam buatnya <3

2.Lelaki gemar menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati kekasih <3

3.Jika seseorang lelaki meminati perempuan tidak semestinya perempuan itu cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi sahaja <3

4.Kebanyakan masa , lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan <3

5.Lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama <3

6.Sudah menjadi perkara yang biasa sekiranya lelaki cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain <3

7.Lelaki yang gentleman akan sentiasa menghormatiseorang perempuan tidak kira situasi atau keadaan <3

8.Lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati sang kekasih <3

9.Lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya <3

10.Bila lelaki cakap secara terus ataupun direct to the point dalam sesuatu hal itu , dia sebenarnya bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya <3


ok lah ... ini saja yg dapat DC taipkan ... jangan risau kerana ada sambungannya akan datang ... so nantikan !! hehe :3

oke ... sekian :)